Featured Post

Kenyataan Sedih Tun Dr Mahathir..

Bayangkan rumah yg baru dilanda banjir besar. Saya rasa itu lah gambaran keadaan negara skrg. Habis semua rosak. Nak bersihkan pun tak ...

Wednesday, June 20, 2018

Skuad Penerjun Negara Berfoya-Foya Di China Akan Di Ambil Tindakan Keras


Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) akan mengenakan hukuman ringan terhadap skuad terjun negara, termasuk Pandelela Rinong, yang dikesan berfoya-foya mengambil minuman keras ketika kem latihan pusat di China, Februari lalu.
Mengulas  kejadian itu, Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chan, berkata ia berlaku ketika malam sambutan Tahun Baru Cina.
Jelasnya, ASUM menganggap kelakuan itu tidak boleh diterima dan akan memberi amaran kepada penerjun yang terlibat selepas lembaga persatuan mengadakan menyuarat semalam.
"Ya, video itu dihantar kepada saya semalam dan kami sudah bercakap dengan penerjun senior. Ia terjadi ketika Tahun Baru Cina selepas sesi latihan terakhir dan ia adalah makan malam yang dianjurkan oleh penjaga pusat latihan.
"Bir memang ada kerana ia adalah budaya masyarakat Cina, penerjun juga kelihatan agak nakal dan riang. Mereka mengambil bir di dalam bilik dan mereka melepak kerana Tahun Baru Cina.
"Bagaimanapun, tindakan dan kelakuan itu tidak boleh diterima walaupun tiada pertandingan, walaupun ia (ketika sambutan) Tahun Baru Cina. Ia tidak boleh diterima. 
"Mereka melanggar peraturan. Malam tadi, Lembaga Disiplin ASUM mengadakan mesyuarat dan kami memutuskan bahawa kami akan memberi amaran keras kepada penerjun yang terlibat," katanya.
Sebagai hukuman, tambahnya, atlet yang terbabit akan dikenakan potongan separuh elaun bulanan mereka bagi dua bulan berturut-turut.
Skuad terjun kebangsaan sekali lagi terpalit kontroversi apabila video memaparkan beberapa atlet terjun sedang bersuka ria dan meminum alkohol dan ia berlaku ketika sesi latihan di China.
Video itu membabitkan beberapa penerjun senior daripada Program Podium dan juga penerjun remaja.
Sebelum ini, isu panas turut membabitkan skuad terjun apabila jurulatih kebangsaan dari China, Huang Qiang, dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang penerjun wanita, September tahun lalu.

No comments:

Post a Comment