Featured Post

Kenyataan Sedih Tun Dr Mahathir..

Bayangkan rumah yg baru dilanda banjir besar. Saya rasa itu lah gambaran keadaan negara skrg. Habis semua rosak. Nak bersihkan pun tak ...

Monday, June 11, 2018

Pulangan Tunai Hanya Di Shopback..Beli Dan Dapat 30% Cashback


Cashback adalah sebuah konsep penjimatan dengan pembelian untuk menggalakkan berbelanja secara berhemah.
Konsep “Cashback (Pulangan tunai)” telah diperkenalkan di Malaysia sejak tiga tahun yang lalu dan menjadi begitu popular. ShopBack adalah sebuah laman web dan aplikasi yang memberi pulangan tunai apabila pengguna berbelanja secara online dengan rakan kongsi ShopBack. Sebagai contoh, setelah berbelanja RM600 di Booking.com dan anda adalah pengguna ShopBack, anda akan mendapat kembali 6% (RM36) pulangan tunai yang dijanjikan oleh Booking.com kepada pengguna ShopBack.
Ramai berpendapat ia adalah tawaran yang baik tetapi terdapat sedikit keraguan. Untuk memahami dengan lebih mendalam bagaimana ia berfungsi, di sini kami sertakan penerangan oleh Pengurus Besar Negara ShopBack, Alvin Gill.
“ShopBack memperolehi komisen apabila pengguna membeli-belah  dengan rakan kongsi kami melalui platform web atau aplikasi ShopBack. Setelah itu, ShopBack akan kongsikan komisen tersebut dengan pengguna dalam bentuk pulangan tunai.”
“ShopBack adalah ejen pemasaran yang berlainan daripadan ejen pengiklanan lain, yang mana mereka hanya menggalakkan pembelian tetapi tidak berkongsi komisen.”
Jika anda melihat daripada perspektif e-peruncit, ShopBack memainkan peranan sebagai ejen pemasaran yang khusus dan strategi pemasaran yang sangat wajar. Ini kerana mereka hanya membayar setelah mendapat jualan.”
Cashback telah wujud berdekad lamanya dan merupakan sebuah perniagaan yang sah. Ia juga wujud di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan China. Menurut ShopBack Malaysia, seramai sejuta pengguna ShopBack telah diberikan lebih RM25 juta pulangan tunai pada tahun-tahun yang sebelumnya.
Menurut Alvin, ShopBack percaya potensi masa depan syarikat mereka melalui model pulangan tunai tersebut. Selain itu, mereka yakin perlaksanaan GST 0% akan memberi lebih banyak kuasa membeli kepada rakyat untuk mempersiapkan diri dengan Hari Raya Aidilfitri.
“Jika anda melihat daripada perspektif pembeli, ShopBack terdiri  daripada e-peruncit yang terbaik. Tawaran yang diberikan dapat memenuhi kehendak orang ramai. Pembeli menerima pulangan tunai sehingga 30%,” kata Alvin.
“Pulangan itu didalam bentuk wang tunai. Ia akan dimasukkan ke akaun pembeli yang telah disahkan dan bukannya kredit ataupun mata ganjaran yang terpaksa digunakan dalam masa terdekat.”
Tahun ini ShopBack akan mengadakan kempen Riang Ria Raya dengan fokus yang berbeza setiap minggu. Ia merangkumi pelancongan, fesyen & kecantikan, rumah & barangan elektronik, makanan & gaya hidup. Tawaran pulangan tunai sehingga 30% dan bonus tambahan sebanyak RM10 diberikan kepada pengguna yang mendaftar melalui https://www.shopback.my/eid
ShopBack bekerjasama dengan lebih daripada 500 e-peruncit di Malaysia seperti Lazada, Malaysia Airlines, Traveloka, Nike, ZALORA, Booking.com, foodpanda, FashionValet, Sephora dan lain-lain lagi. Pengguna berpeluang menerima pulangan tunai dan ditambah lagi dengan diskaun atau kod promo eksklusif.
“Kami berharap rakyat Malaysia akan mencuba perkhidmatan ShopBack, contohnya membeli baju-baju kelengkapan Raya, baucar bufet, kad tambah nilai mahupun penghantaran makanan ke rumah secara terus dengan rakan kongsi ShopBack untuk mendapatkan pulangan tunai.Pada bulan Ramadan ini, setiap pengguna yang mendaftar melalui https://www.shopback.my/eid akan mendapat bonus sebanyak RM5 dan RM5 lagi setelah mengemaskinikan profil dan berbelanja untuk pertama kali,” kata Alvin
Sumber Malaysiakini

No comments:

Post a Comment