Featured Post

Kenyataan Sedih Tun Dr Mahathir..

Bayangkan rumah yg baru dilanda banjir besar. Saya rasa itu lah gambaran keadaan negara skrg. Habis semua rosak. Nak bersihkan pun tak ...

Monday, June 4, 2018

Masa Untuk Bersihkan UMNO Dari Politik Wang,Kroni Dan Rasuah-Dira Abu Zar


Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan tempoh yang sangat baik untuk "detox" parti UMNO, ujar Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar.
Jelasnya, langkah "detox" berkenaan bermaksud menyingkirkan atau membersihkan isu-isu negatif yang terpalit dengan parti termasuk politik wang, kroni dan rasuah.
"Ini merupakan satu tempoh (detox) yang lama. Perubahan itu perlu juga. Kalau selama ini kita sebagai mata kerajaan sahaja, kini kita menjadi pembangkang.
"Jadi ia beri peluang UMNO untuk melihat perspektif yang berbeza tentang usaha membangunkan negara," katanya katanya semasa menjadi tetamu 100 Hari Malaysia Memilih di Astro AWANI di sini hari ini.
Justeru katanya, UMNO memerlukan muka baharu yang lebih berkaliber bagi menarik semula sokongan rakyat.
Ia berikutan katanya, individu yang dipilih perlu mampu menangani isu-isu nasional yang disifatkan sebagai antara punca utama kekalahan UMNO pada PRU14 yang lalu.
"Kita akui kita perlukan muka baharu, juga yang berkaliber untuk mewakili parti itu dalam segenap peringkat iaitu daripada bahagian, cawangan, negeri dan persekutuan kerana sekarang pasca PRU berlaku kerana kesannya sebab isu nasional juga.
"Isu nasional inilah yang menyebabkan kita gagal menawan hati rakyat. Jadi kita perlu mempunyai barisan kepimpinan yang mampu mewakili isu nasional dan parti itu sebagai parti untuk rakyat," kata beliau.
Tegasnya, dalam usaha meremajakan semula parti, UMNO perlu segera berubah dengan memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada pemimpin-pemimpin muda memberikan pandangan sertapendapat.
"Untuk meremajakan parti, masyarakat nak tengok UMNO itu berubah wajah dan bukan ditukar terus tetapi perlu ada perubahan. Ia juga adalah satu platform yang baik untuk pemimpin-pemimpin muda dalam UMNO sendiri untuk memberikanpendapat lebih berkesan.
"Kita terikat juga dengan senioriti, tetapi keadaan sudah berubah. UMNO juga kena sedar juga bahawa UMNO itu bukan untuk ahli UMNO sahaja. UMNO juga untuk masyarakat keseluruhannya," kata beliau la
Untuk meremajakan parti, masyarakat nak tengok UMNO itu berubah wajah dan bukan ditukar terus tetapi perlu ada perubahan. Ia juga adalah satu platform yang baik untuk pemimpin-pemimpin muda dalam UMNO sendiri untuk memberikanpendapat lebih berkesan.
"Kita terikat juga dengan senioriti, tetapi keadaan sudah berubah. UMNO juga kena sedar juga bahawa UMNO itu bukan untuk ahli UMNO sahaja. UMNO juga untuk masyarakat keseluruhannya," kata beliau lagi.
Pada masa sama katanya, pentingnya UMNO tidak hanya menumpukan kepada anggota parti semata-mata, sebaliknya beralih kepada isu masyarakat secara keseluruhannya.
"Kita tak boleh cakap UMNO itu untuk ahli UMNO sahaja, kita kena sedar UMNO mewakili bagaimana kerajaan itu ditadbir. Sekarang ini, semua tindak tanduk kita diperhatikan," ujarnya. - Astro AWANI

No comments:

Post a Comment