Featured Post

Kenyataan Sedih Tun Dr Mahathir..

Bayangkan rumah yg baru dilanda banjir besar. Saya rasa itu lah gambaran keadaan negara skrg. Habis semua rosak. Nak bersihkan pun tak ...

Thursday, June 7, 2018

Khairy Jamaludin : PH Lebih Baik Dari BN


Khairy Jamaluddin menyatakan penghargaannya kepada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) atas peruntukan tahunan kepada anggota parlimen pembangkang, walaupun jumlahnya kurang daripada apa yang diperolehi anggota parlimen kerajaan.
Beliau berkata, ia lebih baik berbanding pentadbiran BN lalu yang langsung tidak memberikan apa-apa peruntukan kepada pembangkang.
"Walaupun jumlahnya tidak sama dengan apa yang diberi kepada rakan-rakan dari HARAPAN, ia lebih baik daripada apa yang diamalkan kami dulu yakni tiada apa-apa peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Anggota Parlimen Rembau itu mengulas pengumuman kerajaan semalam berkenaan peruntukan tahunan berjumlah RM500,000 kepada kerusi parlimen yang dimenangi HARAPAN dan RM100,000 kepada kawasan BN.
Beliau bagaimanapun berharap kerajaan akan dapat memberikan jumlah peruntukan yang sama kepada anggota parlimen kerajaan dan pembangkang pada masa akan datang.
Untuk memastikan wang itu tidak disalahguna, Khairy berkata syarat dan pemantauan ketat serta audit boleh dilakukan terhadap anggota parlimen yang menguruskannya.
"Atas semangat Malaysia baru, pengundi tidak sepatutnya dihukum atas pilihan politik mereka ketika pilihan raya," katanya lagi.
Sekali lagi membangkitkan semangat 'Malaysia baru', bekas menteri itu berkata BN selaku pembangkang akan berusaha mengukuhan peranan parlimen.
Justeru, beliau berharap kerajaan akan mempertimbang langkah-langkah pembaharuan seperti mewujudkan jawatankuasa terpilih parlimen, kaukus rentas parti serta peruntukan masa kepada pembangkang seperti yang disebut dalam manifesto HARAPAN.
"Saya akui (pengukuhan peranan Parlimen) tidak dibuat sepenuhnya pada pentadbiran BN, tetapi semangat Malaysia baru ini menuntut untuk kita semua berubah, terutama BN."
Sukar untuk rakyat kembali percaya BN
Sidang pertama parlimen penggal ini akan bermula 16 Julai ini.
Beliau berkata BN berazam untuk menjadi pembangkang yang berwibawa bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka, walaupun mengakui tugas itu amat sukar.
"Saya sedar BN tak akan diterima serta-merta sebagai pembangkang berwibawa. Jelas defisit kepercayaan di kalangan rakyat terhadap kami sangat luas.
"Namun tugas sebagai pembangkang mesti diteruskan. BN mesti tampil menjadi semak dan imbang kepada kerajaan, terutama di Parlimen demi mengukuhkan institusi demokrasi yang dituntut dalam Malaysia baru ini," katanya yang akan bertanding bagi jawatan naib presiden Umno pada pemilihan akan datang




No comments:

Post a Comment