Featured Post

Kenyataan Sedih Tun Dr Mahathir..

Bayangkan rumah yg baru dilanda banjir besar. Saya rasa itu lah gambaran keadaan negara skrg. Habis semua rosak. Nak bersihkan pun tak ...

Saturday, June 9, 2018

Kenyataan Sedih Tun Dr Mahathir..


Bayangkan rumah yg baru dilanda banjir besar. Saya rasa itu lah gambaran keadaan negara skrg. Habis semua rosak. Nak bersihkan pun tak tahu nak mula dari mana. Dlm masa yg sama, barang yg rosak perlu diganti dan perlukan duit. Nak bergerak susah pasal kereta pun dh tenggelam dan rosak.
Tapi suka atau tidak, musibah ni harus dihadapi dan keadaan harus dikembalikan spt dahulu. Inilah yg kini dilakukan oleh Tun Dr Mahathir kpd negara kita skrg dgn dibantu barisan kabinet beliau. Proses perbersihan sdh pun dimulakan. Kalau ikut laporan media, keadaan negara agak kritikal dan terlalu bnyk yg perlu diperbetulkan terutama dlm sektor ekonomi.
Satu majlis penasihat utk bantu Dr M mengenal pasti kerosakan dan memberi cadangan pemulihan juga dibentuk. Diketuai bekas Menteri Keewangan Tun Daim Zainuddin, panel penasihat turut dianggotai beberapa org yg berpengalaman dibidang masing2 utk mencari fomula terbaik dlm masa 100 hari.
Banyak cabaran dan rintangan yg perlu dihadapi oleh kjaan PH yg baru mendapat mandat dpd rakyat. Kita haruslah bersabar dan beri sepenuh kepercayaan kpd Dr M dan barisan Kabinet serta majlis penasihat negara. Sama2 lah kita doakan Allah swt panjangkan usia Dr M, Daim dan anggota majlis penasihat. Spt Dr M, mrk ni rata2 sudah pencen tapi kembali menyumbangkan fikiran dan pengalaman mrk supaya Msia kembali menjadi negara yg hebat dan terbaik utk rakyat. Semoga berjaya. Malaysia Boleh!
Kredit Nukilan: Yusof Taib

No comments:

Post a Comment