Featured Post

Kenyataan Sedih Tun Dr Mahathir..

Bayangkan rumah yg baru dilanda banjir besar. Saya rasa itu lah gambaran keadaan negara skrg. Habis semua rosak. Nak bersihkan pun tak ...

Saturday, June 23, 2018

Gangguan Seksual :Peminat Mahu Farahdhiya Dedah Profil Pelaku


KUALA LUMPUR: Rata-rata peminat Farahdhiya mahu penyanyi dan pelakon itu mendedahkan profil pengikut yang melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Mengikut peratusan undian di Insta Story artis jelita itu, baru-baru ini, jelas ramai yang mengharapkan dia berkongsi saja nama segelintir netizen yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh.
Baru-baru ini, Farahdhiya, 34, mendedahkan dia sudah tidak tahan dengan tindakan sebahagian pengikut yang tanpa segan silu menghantar gambar alat sulit masing-masing kepadanya menerusi mesej peribadi (DM).
"Saya rasa macam nak kongsi saja profil dan nama mereka yang berkelakuan tidak senonoh itu, biar satu Malaysia boleh tengok. Kalau pihak berkenaan berani menghantar gambar sedemikian, mungkin inilah saja cara nak menyedarkan mereka semula.


"Begitupun, saya takkan bertindak sehingga ke tahap itu. Saya bagaimanapun berharap, semua ini boleh menjadi peringatan kepada golongan terbabit. Mereka kena berfikir banyak kali sebelum bertindak sebegitu," katanya kepada BH Online.
Sebelum membuat pendedahan berkenaan beberapa hari lalu, penyanyi Bertakhta Di Hati itu juga pernah berdepan gangguan serupa apabila menerima gambar lucah remaja lelaki bawah umur.
"Sudah bertahun-tahun sebenarnya perkara sebegini saya hadapi. Ramai yang sakit otak agaknya sekarang, hingga tiada langsung rasa malu apabila sewenang-wenangnya berkongsi gambar lucah, termasuk kemaluan sendiri?
"Bagi saya, perbuatan itu seakan menjadi-jadi, sampaikan saya sudah tidak kuasa dengan semua ini. Ia perbuatan yang melampau. Lebih menyedihkan, ada yang menjalankan perniagaan berpaksikan agama di Instagram, namun selamba menghantar gambar kemaluannya.
"Selepas saya kongsi akaunnya, pandai pula dia menukar nama, sekali gus memadamkan muat naik sedia ada," katanya.
Bukan setakat itu, pelakon drama Bodyguard ini juga memaklumkan turut dihendap lelaki berusia 40-an yang berhasrat mendekati dirinya.
"Tindakan sebegini benar-benar mengganggu emosi saya. Jika sekadar hubungan peminat dengan artis, saya masih boleh layan lagi. Tetapi, lelaki yang satu ini siap menggunakan panggilan 'baby' dan mahu hidup bersama saya.
"Saya juga pernah menyekat aksesnya, tetapi dia tidak serik apabila bertindak membuka pula akaun baharu," katanya
Sumber :berita harian

No comments:

Post a Comment