Featured Post

Kenyataan Sedih Tun Dr Mahathir..

Bayangkan rumah yg baru dilanda banjir besar. Saya rasa itu lah gambaran keadaan negara skrg. Habis semua rosak. Nak bersihkan pun tak ...

Thursday, June 28, 2018

Bapa Saudara Tikam Anak Buah 59 Kali

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak berusia tiga tahun yang meninggal dunia akibat ditikam bapa saudara dalam kejadian di Kepong 19 Jun lalu bukannya menerima 30 tikaman tetapi 59 tikaman.
Sekadar Gambar Hiasan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata, siasatan mendapati mangsa ditikam menggunakan gunting yang sedang digunakan suspek ketika proses memasukkan dadah dalam penyedut minuman.
Menurutnya, sebelum itu kehadiran mangsa yang terlanggar suspek menyebabkan suspek rasa terganggu kemudian hilang pertimbangan dan bertindak kejam terhadap mangsa.
"Tiga daripada tikaman menusuk masuk dalam tubuh mangsa mengakibatkan kecederaan pada jantung dan paru-paru manakala 56 lagi di bahagian lain.
"Suspek berusia 22 tahun itu bagaimanapun didapati bebas daripada pengaruh dadah. Tindakannya memasukkan dadah dalam penyedut minuman dipercayai untuk dijual. Jadi kita masih lagi menyiasat motif sebenar perbuatan kejam ini,"katanya.
Kejadian menggemparkan negara itu berlaku di rumah mangsa apabila suspek yang tidak tinggal serumah datang untuk melawat ahli keluarga.
Ketika itu ibu, nenek mangsa dan seorang bayi berada di dalam rumah. Ibu mangsa berada di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu manakala nenek mangsa berada di tingkat bawah.
Nenek mangsa kemudian keluar rumah manakala ibu kanak-kanak itu tidur di tingkat atas bersama-sama bayi.
Selepas setengah jam keluar dan pulang ke rumah nenek mangsa terkejut mendapati mangsa berada dalam sebuah bilik stor ditutupi kain putih dalam keadaan berlumuran darah.
Mazlan berkata, pihaknya percaya sekiranya nenek mangsa pulang lewat, ibu dan bayi yang berada di tingkat atas kediaman itu turut akan menjadi mangsa tikaman.
Sumber :sinar harian

No comments:

Post a Comment